Sukan Bola Jaring Asia...

Team Malaysia menentang Singapura...
sempat lagi posing sebelom menunggu games start...;)
Team Malaysia bertungkus lumus menentang serangan pasukan lawan...
Jumaat, 26.06.2009 Stadium Bukit Kiara, Kuala Lumpur- Aku bersama eizel telah berpeluang menyaksikan perlawanan separuh akhir Sukan Bola Jaring Asia di antara Malaysia menentang Singapura. Perlawanan ini adalah untuk menentukan siapakah yang akan beraksi pada peringkat akhir nanti...
Perlawanan bermula..pada pusingan pertama, perlawanan antara kedua belah pihak adalah seimbang...masuk pusingan seterusnya pasukan Malaysia mula goyah. Kebanyakan jaringan yang dilakukan oleh penjaring negara tersasar. Ini telah menjauhkan lagi mata berbanding pihak lawan.
Harus diakui kekuatan pada pihak lawan adalah permainan yang konsisten dan disiplin yang tinggi mematahkan setiap serangan daripada pasukan negara. Malaysia kalah ditangan Singapura. Keputusan telah diumumkan semalam, Malaysia mendapat tempat ketiga, dibelakang Singapura dan Sri Lanka. Syabas diucapkan kepada pasukan Malaysia...

No comments:

Post a Comment

 

Photography by Aziana Design by Insight © 2009